FUN AND GAMES FOR THE YOUNG AND OLD
Friday, December 14, 2007
POTO PIX AMAN RIMBA 1ST DEC 2007
FUN AND GAMES FOR THE YOUNG AND OLD
Wednesday, December 12, 2007
Naeem & Ayshea Birthday Bash At AMAN RIMBA DEC.07
Tok Bak and Tok Mak & families from JB were the early arrivals. They droved down fromJB the previous day. Tok Babah, Tok Mama, Tok Jamaluddin and Opah from Ulu Klang and Kelana Jaya joined in mid afternoon. There were other invitees. All came in full force.They were all treated for lunch, high tea and BBQ.
Not to forget, we had a lovely hostes: Encik Sabri and his wife Wati. They graciously accepted us into the confortable ambience of AMAN RIMBA.
Friday, November 9, 2007
1st Day Raya 2007 Memory
Sunday, September 30, 2007
PREMIS BARU DI METROPOLITAN SQ
Malam 16 Ramadhan bersamaan 28hb.September, hari Jumaat sempurnanya diadakan Majlis Kesyukuran dan Doa perpindahan AD.verse ke premis baru di Metropolitan Square, Damansara Perdana itu, ku harapkan sebagai lembar permulaan mercu bisnis warisan keluargaku.
Syukur Alhamdullillah.... aku bersyukur kehadrath Allah atas limpah dan kurniaNya.
Seawal tahun 1966 pernah ku mimpikan untuk memulakan perniagaan keluarga di ibukota. Pernah ku mimpikan ( satu hari kelak) akan mempunyai ruang pejabat sendiri di penthouse sabuah bangunan tinggi, dilengkapi landscape yang sempurna. Jika boleh langskap itu, ditanam dengan pokok ‘palm’ – ( simbolis asal ku anak tani ladang kelapa di Malay Reserve antara muara Sungai Bernam dan Sungai Perak itu.)
Malangnya, usaha julungku seawal 1967 itu, gagal kerana kurang pengalaman dan tidak ada keserasian dengan rakan-rakan kongsi. Projek (perniagaan kelapa) ku melalui Sy.Jayadiri Enterprise (1967) –beropesati tidak sampai setahun. Kemundian aku anjurkan ditubuhkan Sy.Keluarga 7 (1969). Gabungan tenaga 7 keluarga. Perkongsian itu hanya sempat bertahan hampir 4 tahun sahaja., walaupun banyak kejayaan telah tercapai. Juga atas sebab tiada pengalaman dan keserasian.
Maka cita-cita untuk berniaga yang membara itu terpaksa aku ketepikan. Aku fokus minatku sapenohnya sebagai penyiar professional - Pegawai Awam paska Merdeka. Aku ketepikan hasrat untuk jadi ahli koporat, walaupun hatikecilku menjerit untukku memenohi hasrat itu.
30 tahun kemudiannya, pada 4hb.April 1996 aku bersara Jawatan Awam secara hakiki. Aku pun tubuhkan Sy.Sejagat Produksi Sdn Bhd. Cadangku untuk membina bisnis dalam bidang perancangan,penerbitan dan pengarahan tv filem dan video. Untuk tujuan itu aku terpaksa sangkutkan bisnisku itu pada Sy TAS - sabuah syarikat Penerbitan & Pengiklanan Rancangan Radio dan Television. Syarikat ini juga beroperasi di Negara Berunai Darulsalam. Ku gunakan kesempatan itu sebagiknya untuk melengkapkan diriku sebagai saorang ahli koporat.
Saterusnya Sejagat Produksi berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai pengeluar rancangan TV untuk RTM sahingga tahun 2000.
Pengalaman baru dalam Syarikat Penerbitan & Pengiklanan Swasta itu memberi keyakinan baru untukku turut menubuhkan bisnis keluarga AD.verse Sdn Bhd.
Kini AD.verse Sdn Bhd sedang menempa nama dalam bidang Pengiklanan dan Penerbitan.
Hasrat dan cita-cita itu telah dilaksana samula. Alhamdullillah.
Nota Kaki:
Penghargaan kami kepada Ustaz Lt.Kolonel Kamaruddin, Adik Beradik, Kaum Keluarga, Sahabat Handai & Rakan Professional atas kesudian bersama di acara dia selamat kami dan ucap selamat mereka. Kepada Razifuddin, DikNor & Aanak-anak, serta Ani - terima kasih daun keladi kerana kiriman bunga dan hamper.
Pulau Pandan Jauh Ketengah,
Di Sebalik Pulau Angsa Dua,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi Baik Kanku Kenang Selamanya.
Monday, September 10, 2007
AD.verse JAKARTA/BANDUNG 2007
Thursday 30th August 2007
16.00 -
ETD - KLIA utk SOEKARNO HATTA INTERNATIONAL AIRPORT.
Kereta sewa sedang diuruskan. Telah di tempah lebih awal untuk kami oleh Raja Elona. 19.00 - Check In SOMERSET BERLIAN PERMATA HIJAU, JAKARTA, service apartment mewah (5 bintang lah). The result of a good planning by Nizam.
Kami sambut 50 Tahun Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia) di luar negara. Alhamdullillah kemajuan negara membolehkan warganya melancung dengan mewah. Bukan apa-apa. Staff AD.verse tidak boleh bercuti secara beramai-ramai kerana keperluan tugasan harian. Jadi mereka setuju untuk gunakan cuti umum sambutan Hari Kebangsaan tahun ini - untuk adakan lawatan sambil belajar ini.
Haji Rahmat ayah Nizam nampaknya keletihan. Lepas check ini, kami akan 'dinner' bersama anggota staff AD.verse Sdn Bhd dan isteri yang telah sampai dengan penerbangan Air Asia lebih awal
20.00 - DINNER AT RESTAURANT SARI KURING
Raja Elona sudi ruangkan masa untuk 'dine' bersama kami.
Naeem nampaknya ta'ada mood. Barangkali letih.Day 2 - Breakfast di Pool View Restaurant, Apartment Som
erset Berlian Permata
Whole day Shopping at
MANGGA 2 & PLAZA INDONESIA
17.00 - Garuda Nasi Padang
Restaurant
Kunang-kunang dalam telaga,
Goreng emping dalam kuali;
Masakan Minang pembuka selera,
Penat shopping sepanjang hari.
DAY 3 - SATURDAY 1ST SEPTEMBER 07
10.00 - JAKARTA/BANDUNG
- CHECK IN ASTON BANDUNG
12.30 - LUNCH AT RESTAURANT SAPU LIDI -
14.00 - SHOPPING
19.30 DINNER AT CIHAMPELAS WALK
DAY 4 - SUNDAY 2nd September 07
BANDUNG/JAKARTA
20.00 - DINNER HOSTED BY VICE PRESIDENT OF MALAYSIA CLUB JAKARTA
ENCIK ABD.HALIM ASHAARI & MDM RAJA ELONA SAFINAZ AT THEIR HOUSE.
Jakarta kota yang hebat,
Singgah bertandang kerumah saudara;
Bertemu muka sesama sahabat,
Terubat rindu lama ta'jumpa.
We were joined by some members of MALAYSIA CLUB JAKARTA and their families. It was nice of them to received us. We really honoured their hospitality.
Lots of food for every body on the table. It was a sumptious dinner.
Seri wangian memuliakan acara;
Betapa enaknya jamuan hidangan,
Sari mulianya senyuman saudara.
Seri wangian memuliakan acara,
Majlis sempena Kemerdekaan Negara;
Sari mulianya senyuman saudara,
Akan kami kenang sepanjang masa.
DAY 5 - 3rd September 07
LAWATAN KE MIRAGE POST, JAKARTA
18.00 HRS - ETD SOEKARNO HATTA INTERNATIONAL AIRPORT/KLIA
About Me
.jpg)
- 'Adly Azamin
- Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.