Sunday, September 21, 2008

UMRAH RAMADAN 1429H - 2008M

Medinah - September 4 - 7
Syukur Alhamdullillah kami telah selamat sampai ke Kota Madinah pada waktu Isyak hari yang sama Kamis, malam Jumaat.

A pleasant surprise. Nazar and family drove all the way from Jeddah to welcome us.



Subuh Jumaat 5 Ramadan 1429H -

Raudah - Masjid Nabi Madinah. Sabolehnya aku cuba dapatkan tempat untuk solat dikawasan raudah, yang masih kekal dekor lamanya yang paling unik.




A Self-Potrait -dihadapan Raudah. Sabelum ini kamera dilarang dalam kawasan masjid. Kini larangan itu semacam sudah diketepikan. Kecanggihan teknologi digital dengan telepon bimbit mempunyai kemudahan kamera, barangkalinya menjadikan sukar untuk pihak Masjid menguatkuasakan larangan itu. Wallahualam.



Kami sampai ke Kota Mekkah pada waktu Maghrib 7hb Ramadan 1429H.
Transformasi Kota Makkah - menyaksikan rombakan secara bersekala besar pra-serana Masjidil Harram dan kawasan sekitar.Kerja-kerja pembangunan sedang rancak dilaksanakan. Persekitaran kawasan Masjidil Haram dipenohi jentera berat.

Sukar untuk dipercayai pembangunan bersekala besar demikian dilakukan di Kota suci ini. Segala-galanya adalah untuk keselesaan Jemaah Haji yang dijangka akan meningkat jumlahnya hingga 5 Juta menjelang tahun 2010. Aku rasa bertuah kerana menyaksikan process pembangunan ini, walaupun aku nostalgia pada keyunikan kota Makkah yang banyak kali ku zairahi sabelum ini, 2 kali mengerjakan Ibadah Haji dan diikuti dengan ibadah-ibadah umrah dan juga ziarah. Dan ketika melawati kawasan sekitar Hotel New Saffa, Al-Janub, Hotel Mekkah yang menjadi tempat tumpuan jemaah Malaysia dan Asia, teriang-iang ditelingaku sapaan manis penjaja di lorong-lorong menjeritkan "Mahadhir....Malaysia Bagus." tiap kali mereka dihampiri Jemaah dari Malaysia.


Persekitaran Masjdil Harram kini menempatkanHotel 5 bintang dan pusat membeli belah yang moden. Mecca Towers mercu tanda baru, berdirimegah disisi Mecca Hilton yang tersohor sabelum ini. Hotel dan Resort ternama dunia berdiri disatiap plot dipersekitaran Bukit Maruah, menjadikan kawasan yang kurang dibangunkan satu waktu dahulu transform sebagai kawasan Hotel dan Resort 5+ bintang. Peningkatan laluai saei kepada 4 tingkat, 3 lorong tiap-tiap satu tingkat itu, memerlukan pembinaan yang besar, semata-mata untuk kesenangan Jemaah, mengerjakan Haji dan Umrah.

Dan apabila segalanya siap dalam masa terdekat, Mekkah dahulu sudah bertukar wajah kepada kawasab ibadah umat Islam yang selesa, canggih dan serba istimewa.

Pastinya kos pakage (yang selesa) untuk menunaikan Haji dan juga Umrah bagi masa-masa muka meningkat harganya.

Wallahualam.

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.