Sunday, September 30, 2007

PREMIS BARU DI METROPOLITAN SQ

Bacaan Yassin & Doa Kesyukuran di Majlis Berbuka Puasa dan Terawikh AD.VERSE

Malam 16 Ramadhan bersamaan 28hb.September, hari Jumaat sempurnanya diadakan Majlis Kesyukuran dan Doa perpindahan AD.verse ke premis baru di Metropolitan Square, Damansara Perdana itu, ku harapkan sebagai lembar permulaan mercu bisnis warisan keluargaku.

Syukur Alhamdullillah.... aku bersyukur kehadrath Allah atas limpah dan kurniaNya.

Seawal tahun 1966 pernah ku mimpikan untuk memulakan perniagaan keluarga di ibukota. Pernah ku mimpikan ( satu hari kelak) akan mempunyai ruang pejabat sendiri di penthouse sabuah bangunan tinggi, dilengkapi landscape yang sempurna. Jika boleh langskap itu, ditanam dengan pokok ‘palm’ – ( simbolis asal ku anak tani ladang kelapa di Malay Reserve antara muara Sungai Bernam dan Sungai Perak itu.)

Malangnya, usaha julungku seawal 1967 itu, gagal kerana kurang pengalaman dan tidak ada keserasian dengan rakan-rakan kongsi. Projek (perniagaan kelapa) ku melalui Sy.Jayadiri Enterprise (1967) –beropesati tidak sampai setahun. Kemundian aku anjurkan ditubuhkan Sy.Keluarga 7 (1969). Gabungan tenaga 7 keluarga. Perkongsian itu hanya sempat bertahan hampir 4 tahun sahaja., walaupun banyak kejayaan telah tercapai. Juga atas sebab tiada pengalaman dan keserasian.

Maka cita-cita untuk berniaga yang membara itu terpaksa aku ketepikan. Aku fokus minatku sapenohnya sebagai penyiar professional - Pegawai Awam paska Merdeka. Aku ketepikan hasrat untuk jadi ahli koporat, walaupun hatikecilku menjerit untukku memenohi hasrat itu.

30 tahun kemudiannya, pada 4hb.April 1996 aku bersara Jawatan Awam secara hakiki. Aku pun tubuhkan Sy.Sejagat Produksi Sdn Bhd. Cadangku untuk membina bisnis dalam bidang perancangan,penerbitan dan pengarahan tv filem dan video. Untuk tujuan itu aku terpaksa sangkutkan bisnisku itu pada Sy TAS - sabuah syarikat Penerbitan & Pengiklanan Rancangan Radio dan Television. Syarikat ini juga beroperasi di Negara Berunai Darulsalam. Ku gunakan kesempatan itu sebagiknya untuk melengkapkan diriku sebagai saorang ahli koporat.

Saterusnya Sejagat Produksi berjaya mempertahankan kedudukannya sebagai pengeluar rancangan TV untuk RTM sahingga tahun 2000.

Pengalaman baru dalam Syarikat Penerbitan & Pengiklanan Swasta itu memberi keyakinan baru untukku turut menubuhkan bisnis keluarga AD.verse Sdn Bhd.

Kini AD.verse Sdn Bhd sedang menempa nama dalam bidang Pengiklanan dan Penerbitan.
Hasrat dan cita-cita itu telah dilaksana samula. Alhamdullillah.


Nota Kaki:
Penghargaan kami kepada Ustaz Lt.Kolonel Kamaruddin, Adik Beradik, Kaum Keluarga, Sahabat Handai & Rakan Professional atas kesudian bersama di acara dia selamat kami dan ucap selamat mereka. Kepada Razifuddin, DikNor & Aanak-anak, serta Ani - terima kasih daun keladi kerana kiriman bunga dan hamper.


Pulau Pandan Jauh Ketengah,
Di Sebalik Pulau Angsa Dua,
Hancur badan di kandung tanah,
Budi Baik Kanku Kenang Selamanya.

No comments:

About Me

My photo
Zodiac:Aries.A Senior citizen. Borned into the hardship of the Japenese Occupation in Malaya 1941-1945.